WELCOME NOTES!

~ Terima kasih kerana singgah ke blog kami. Sokongan drp anda semua amatlah dihargai.

~ Kami ada menjual brooch, shawls, pashmina dan macam2 lagi hot items/stuff yang 'in-trend' pada masa kini.

~ Sekiranya ingin membuat tempahan, sila emailkan NAMA, ALAMAT, KOD ITEM & NO. TEL anda dengan lengkap.

** TERIMA KASIH KERANA MENGUNJUNGI BLOG KAMI**

Tuesday, 16 July 2013

NAK CANTIK : SABAR, KONSISTEN, RAJIN & DISIPLIN!

Assalamualaikum. Lamanya admin tak post apa-apa entry di sini kan? Nak buat macam mana...sibuk..katakan. Kalau nak bercerita tentang sibuk...semua orang sibuk. Sibuk mengejar masa...dan dikejar oleh masa. Memang penatkan? Lumrah hidup..manusia mencari rezeki..

Ok, di kesempatan ini admin nak berkongsi sedikit al-kisah tentang KECANTIKAN. Cantik itu adalah sesuatu yang universal. Semua orang nak cantik..kan? Terutamanya sekali wanita. Tak terkecuali juga..lelaki. Tapi, biasanya lelaki yang cantik ni merujuk kepada lelaki yang metroseksual. Nak cantik dan berpenampilan menarik memang diperlukan sekarang ini. Maklum la, gaya hidup pun dah berubah. 

Sedar atau tidak, di pasaran sekarang produk kecantikan semakin galak berkembang. Umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Mudah je nak cantik..orang kata, ada duit semua jadi. Nak cucuk, nak suntik, nak tegang, nak besar..macam-macam nakkkk... Itu untuk yang berduit..memang semuanya mudah. Tapi, agak menyakitkan dan mungkin juga berisiko jika cantik dengan ekspres. Jadi, buatlah pilihan yang baik untuk diri sendiri dan badan yang di sayangi. 

Nak cantik...kita kena SABAR, KONSISTEN, RAJIN & DISIPLIN.....sebenarnyaa. Jika diimbas kembali zaman dahulu-kala, produk kecantikan mana ada lagi. Semuanya bergantung kepada sumber-sumber alam semulajadi, diamalkan secara konsisten yakni berterusan, rajin dan berdisiplin. 

Berbeza pula dengan zaman sekarang, produk kecantikan memang merata-rata... Jika berkemampuan, memang akan ada yang tertarik dan ingin mencuba. Bila dah cuba, dan tak nampak kesan, hampa pula rasa di hati. Jangan cepat melatah. Harus SABAR. Mungkin, produk yang dicuba..kurang berkesan kerana tindakan diri sendiri. Tak berpantang dan yang PALING PENTING.....KURANG MINUM AIR PUTIH/MASAK. 

Jika kita mengambil apa-apa supplemen ataupun vitamin dan produk kecantikan..perkara yang harus diambil perhatian ialah..BANYAK MINUM AIR PUTIH/MASAK kerana air merupakan agen yang bertindak untuk membantu menyingkirkan toksin-toksin dalam tubuh badan kita. Telan la banyak mana vitamin ataupun supplemen tapi AIR kurang dalam badan, bagaimana sistem dalaman badan nak berfungsi dengan lancar? Maka, nak cantik...HARUS MINUM AIR YANG BANYAK..bukan hanya bergantung dengan produk kecantikan semata-mata. Produk kecantikan ataupun supplemen hanya sekadar agen yang menambahbaikan sistem badan ataupun kulit seseorang. Maka, bila dah cuba sesuatu produk kecantikan, harus sabar, konsisten, rajin dan berdisiplin. Dan yang paling penting, MINUM AIR untuk melancarkan pengeluaran toksin serta sistem badan anda.

Ok, hingga kita bertemu lagi.. Maaf jika rasa tersinggung dengan entry ini. Admin sekadar ingin berkongsi pandangan sahaja. 

No comments: